Why LOGO?
Zaman semakin
maju, manusia semakin bijak dan hebat. Begitu juga cara mereka memahami
sesebuah mesej dalam pelbagai bentuk yang berbeza. Kegunaan bahasa, corak,
objek, bukan lagi sekadar ukiran yang digunakan untuk memenuhi keperluan hidup,
akan tetapi untuk memenuhi kemahuan dan keinginan yang lebih sempurna dan
bermakna.
Demi mencapai
kemahuan dan keinginan yang ada untuk merasai suatu kehidupan yang stabil,
indah dan sempurna, pelbagai aspek telah diprotokolkan untuk meningkatkan
kualiti dan keunikan yang diolah oleh tangan manusia dalam meningkatkan nilai
yang akan diperolehi, disamping memiliki keunikan yang tersendiri.
Kenapa dengan
LOGO? Kehebatan cara fikir manusia yang telah berubah, sedikit sebanyak telah
mengubah cara mereka menyimpan data yang mereka terima di dalam minda mereka.
Penyampaian menjadi sedikit terperinci, hanya kerana ingin menyampaikan mesej
yang mudah diterima dan diingati.
Jika dahulu
tulisan perkataan yang mejadi medium untuk mewakili kata-kata, dunia sekarang
sudah cukup dengan satu symbol sahaja. Perkara ini berkait rapat dengan cara
sesuatu symbol tersebut meng’branding’kan diri mereka.
APPLE, contohnya
yang paling terkini, bukan lagi bermaksud buah dalam keadaan tertentu, akan
tetapi mula membawa mesej sebuah syarikat yang mencipta teknologi yang hebat.
SHELL, sudah mula diterima sebagai suatu perkataan yang menggambarkan syarikat
petroleum.
SAMSUNG, suatu
istilah yang mungkin tiada di dalam kamus dewan, tetapi membawa mesej syarikat
yang juga membawa kehebatan teknologi. Seolah-olah suatu istilah baharu yang
mula dicipta dan membawa maksud yang tersendiri.
Seperti di dalam buku yang saya baca:
“The modern human mind has become incredibly adept at
interpreting symbols. We are surrounded by this kind of visual shorthand: icons
and isotype people on road signs, dashboards, computer screens and supermarket
packaging, in magazines, maps and manuals.”
-Michael Evamy-
Apa yang cuba
saya sampaikan di sini adalah, kekuatan sebuah LOGO yang bukan sekadar untuk
dijadikan simbolik (walaupun tidak salah) namun, seperti yang dinyatakan di
atas tadi, keunikan yang ada, akan mudah terpahat dalam minda manusia. Keunikan
dan value yang ada pada logo itu sendiri.
Kerana itu, antara cabaran untuk mencipta LOGO yang baik,
adalah untuk mencipta logo yang mempunyai nilai-nilai dari segi seni, grafik,
dan maksud yang ingin dibawa.
Seperti yang
dikongsikan di dalam buku “Graphic Design School” oleh Thames and Hudson:
“The NIKE ‘Swoosh’ was designed in 1971 by Carolyn Davidson,
Originally, it appeared with the word NIKE above it. As the brand’s recognition
grew, the trademark was gradually streamlined”
Lihatlah betapa
hebatnya otak manusia yang Allah berikan. Jadi, pastikan LOGO yang hendak
diciptakan berbeza, unik dengan nilai-nila yang tersendiri.:)
Insyaallah.
* LOGO The Diagnosa, sebuah website yang bercerita dan
berkongsi dari sudut sains dan ilmu yang tepat oleh seorang Doktor.
* Idea LOGO ini dengan gabungan huruf T dan D, membentuk
perisai, mewakili simbolik kepada imej The Diagnosa itu sendiri yang bukan
sekadar memerangi mitos yang ada dalam masyarakat dengan artikel-artikel yang
disampaikan, tetapi turut mempertahankan dengan bukti sains dan kajian yang
benar dengan apa yang cuba dibawakan.
*LOGO ini menggunakan konsep Golden Ratio
* Font Base: Tatajam Font
* Silakan cadangan, pendapat atau komen
*Belajar & Berkongsi
No comments:
Post a Comment