Kesilapan Biasa Dalam Hasilkan LOGO?

Final Logo setelah beberapa kali ubah suai, untuk elak kekeliruan atau susah baca


Option Kedua Yang terpaksa di redesign, memandangkan ada confius meaning.



Assalamualaikum dan hai semua sahabat saya,
Semoga semua sihat sentiasa.

Lagi-lagi photomanipulation kan, bosan tengok. Hehe... Jadi hari ini, saya akan kongsikan serba sedikit ilmu mengenai LOGO. Saya mungkin bukan terlalu pakar dalam design LOGO, namun pengalaman saya beberapa tahun dalam bidang ni (bunyi macam lama, walhal baru setahun,haha), saya kongsilah apa yang saya dapat. Saya personaly minat juga berlogo sebenarnya. Cuma mungkin jarang untuk sentuh bab ini memandangkan sumber dan cara memahaminya sangat mudah.

Antara kesilapan yang selalu dilakukan oleh designer LOGO yang baru:

1. Tidak ada Design Rationale
Tindakan memulakan kerja design LOGO dengan tidak memikirkan rasionalisasi logo tersebut sangat merbahaya. Seolah-olah, kita pergi sekolah untuk belajar, tapi tiada kemahuan dan keinginan untuk berjaya. Ha... macam itu sekali perumpamaannya.

Sebab kita akan membuang masa pusing2 bentuk sana kemari, hanya untuk puaskan hati. Banyak masa yang akan kita rugikan. Seolah-olah, mahu ke Kuala Lumpur, tapi main redah saja jalan mana yang kena lalui.

LOGO Rationale sangat penting, dapat apa2 job logo, kenalpasti dahulu, apa yang client mahukan daripada logo tersebut.

LOGO ada banyak jenis tema pula. Kegagalan untuk mengenalpasti jenis2 LOGO, akan menyebabkan kita banyak masa intim bersama client, hanya kerana hendak memahami puisi indah mereka. Client kadang-kadang, ada gambaran dalam kepala mereka, tapi mereka tak boleh nak bagi tahu. Ya, sebab mereka bukan designer. Jadi tanggungjawab kita untuk mengenalpasti kategori client dan permintaan yang biasa diminta oleh mereka.

Baca di link ini:
https://99designs.com/blog/tips/types-of-logos/

Dengan memahami jenis-jenis logo yang ada, kita dapat memberi cadangan kepada client kita, logo bentuk dan jenis apa yang sesuai untuk produk atau brand mereka.
Selebihnya, mereka lagi mudah membuat keputusan berbanding, "Awak buat dulu beberapa contoh, nanti saya tengok yang terbaik"
Lalu kita para designer, bersengkang mata, menggigit lidah untuk elak mengantuk, gugur rambut banyak berfikir, dan jawapannya:
"Saya tak rasa logo macam ni sesuai untuk company saya."

Dapatkan segala maksud yang mereka mahukan daripada client, segala inspirasi yang mereka idamkan, dan cipta rasionale baru sebelum kita memulakan design tersebut.

2. Tidak Memikirkan Keserasian Logo Dalam Situasi Yang Berbeza

Bila kita terlalu syok design, sehingga lupa antara seni dan geometri, maka kita akan ada masalah bila logo tidak dapat berfungsi dalam medium yang berbeza.

Kalau seni, calitan cat pon boleh dikatakan seni. Tiada isu balance dan sebagainya.

Namun tidak untuk logo. Mereka akan berhijrah dari satu tempat ke satu tempat. Sekejap atas kertas, sekejap dalam bisnes card, sekejap dalam video.

Bila kita gagal menggunakan formula yang tepat untuk mencipta logo, maka kita akan berdepan dengan masalah logo tidak stabil dan tidak jelas dalam medium yang tertentu. Nampak ok masa ada warna, bila dalam hitam putih, tak nampak rupa, r u p a n y a.

Baca Sini:
https://www.webdesignerdepot.com/2009/06/12-essential-rules-to-follow-when-designing-a-logo/

3. LOGO bukan Malaikat
Sekalipun logo bukan malaikat, keupayaan kita adalah untuk memberi imej yang menarik untuk bisnes client kita. Kerana LOGO berfungsi untuk terpahat dalam ingatan pemerhati.

Logo talam dua muka tak ada masalah (logo yang ada maksud yang tersirat disebalik bentuk designya)
Akan tetapi, logo yang munafiq sangat merbahaya (nampak macam ok, tak nampak buruk, tapi tidak berjaya membawa brand client, tak sampai maksud sebenar)

Maka, fungsi kita adalah untuk mengenali mereka terlebih dahulu, sebelum mencipta logo untuk orang lain mengenali dan mengingati client kita.

Kena elakkan masalah ini, baca ni:
https://www.creativeboom.com/tips/50-questions-to-ask-clients-when-designing-a-logo/

Insyaallah, kalau sahabat2 yang baru ham link yang saya share, masalah pembikinan logo client dapat dikurangkan.

Saya suka guna konsep Golden Ratio untuk hasilkan logo yang baik. Mungkin makan masa, tapi sangat bermakna.

Logo yang saya kongsikan ini, adalah logo paling latest untuk produk Darul Rahman | https://www.youtube.com/channel/UCSjpxxR23aEEEBYfZhnroEQ boleh follow dan subscribe channel bermanfaat ini.

Lama saya duk fikir cara sesuai untuk masukkan unsur unik dalam logo ni, alhamdulillah, akhirnya keluar yang ini. Dan sahabat saya pun sangat menyukainya.

*Silakan kalau ada cadangan penambahbaikan
*1 Day 1 LOGO | 2018






Ar-themes Logo

Muhammad Syafiq Azman

Berpengalaman dalam menghasilkan design-design kreatif untuk pelbagai syarikat dan produk-produk tempatan. Menulis adalah hobi disamping berkongsi secebis ilmu yang ada. Berpengalaman mengajar secara personal coaching atau kelas berkaitan design grafik. Kini bersama team #sifoodotcom (www.sifoo.com) untuk lebih serius berkongsi ilmu ke masyarakat dalam bidang art dan multimedia.

No comments:

Post a Comment