Assalamualaikum dan Hai semua,
Pernah tak sahabat semua ada pengalaman, samada designer atau pemilik bisnes, yang mengalami masalah dalam menghasilkan FB Ads yang berkesan? Kalau ya, kita sama. Saya ada pengalaman dimana design yang saya hasilkan, tidak melepasi kretiria yang FB Ads mahukan.
Rupanya untuk kita blastkan iklan kita di FB juga ada protokolnya yang tersendiri, terutama sekali berkaitan dengan design. Lain-lain seperti kandungan penulisan juga mempengaruhi, namun dalam perkongsian kali ini saya akan kongsikan apa yang saya dapat dari pembacaan saya dan kelas-kelas yang pernah saya hadiri HANYA DALAM SKOP DESIGN FB ADS yang berkesan. Dan memandangkan ada beberapa kawan saya yang mula menyuarakan dan bertanya isu ini. Baiklah.
1. Kenalpasti Objektif Iklan yang Hendak Dibuat.
Saya boleh katakan ada 3 jenis kategori untuk objektif iklan. (Rujukan pada Link 1)
Pertama: Sekadar Brand Awareness
Kedua: Promosi Jualan Produk
Ketiga: Untuk Mendapatkan Respon
Ketiga-tiga objektif ini akan melahirkan cara penyampaian yang berbeza pastinya.
Kepentingan untuk mengetahui objektif ini akan guide kita untuk design yang tepat (begitu juga penulisan). Yang pertama, boleh jadi kita upkan fb ads, hanya untuk memastikan orang tahu kemahiran dan skop bisnes kita, tetapi tidak secara hard sale, bahkan, mungkin kita tidak dapat sales dari fb ads tersebut, kerana tujuannya untuk dapatkan audience yang memahami apa yang sebenarnya kita lakukan.
Contoh: Kita adalah pemilik bisnes tuisyen pelajar sekolah. Blast FB ADS dengan perkongsian Tips Menggalakkan Anak-anak Seronok Belajar, akan menarik perhatian para ibu bapa mengetahui apa yang ingin kita kongsikan, dan secara langsung mengetahui kewujudan kita sebagai pakar dalam bidang tersebut.
Kedua Promosi Jualan Produk, sudah pasti untuk menggalakkan orang membeli.
Ketiga untuk mendapatkan respon. Boleh jadi kerana kita ingin buat survey dan sebagainya.
Kenalpasti dahulu, dan baru kita masuk kepada tips seterusnya.
2. Bagi Tahu Mereka Masalah atau Impian Mereka
Dalam dunia ini, ada 2 jenis manusia.
Pertama, manusia yang bersungguh-sungguh untuk mencapai impian mereka, kerana mereka tidak selesa dengan diri mereka sekarang.
Kedua, manusia yang bersungguh-sungguh hanya kerana mereka tidak ingin risiko berlaku kepada mereka. Mereka ini selalunya, cukup-cukup makan sudah ok, asalkan tiada musibah dan risiko berlaku kepada mereka.
Jadi, untuk design yang berkesan, pastikan kita dapat mengenalpasti kekuatan produk, ancaman atau impian yang produk kita boleh berikan.
Contoh dalam design yang saya kongsikan ini, berkaitan produk yang boleh kempiskan perut. Walaupun produk ini sebenarnya boleh juga dikaitkan dengan ubat untuk kekuatan lelaki. Tetapi fokus design ini adalah untuk masalah perut buncit, maka, dalam design, pastikan mesej ini lebih menonjol (perut boroi) untuk mendapat perhatian dari targeted audience yang merasai mereka memiliki masalah yang sama.
Kesimpulan point kedua saya ini adalah, HIGHLIGHTKAN dalam bentuk visual yang jelas impian yang mungkin kita berikan kepada target audience tentang bisnes yang hendak disampaikan, atau ancaman jika tidak bertindak segera dengan produk kita.
3. Kurangkan Teks Dalam Design Iklan
Sebab itu saya tekankan point kedua tadi kerana pada hakikat FB ADS, mereka menolak iklan yang terlampau banyak test. Pada gambar yang saya kongsikan ini, anda boleh lihat, Design tersebut mendapat OK jika ditest pada FB Text Tools.
https://www.facebook.com/ads/tools/text_overlay
Banyak kali saya ubah suai design ini, hanya untuk memastikan design ini mendapat status OK dari FB. Tapi itulah hakikatnya. Banyak wording dan perkataan yang saya terpaksa buang, sehingga hanya tinggal seperti yang boleh dilihat sekarang.
4. Cipta Brand Walaupun Mereka Tidak Klik
Bahagian ini, kita kena lebih kreatif. Sebab tidak semua orang yang rajin untuk klik iklan yang kita buat. Tetatpi at least, mereka milihat iklan yang kita buat.
Maka point saya di sini, bagaimana untuk kita bertindak, paling tidak, mereka yang memandang iklan kita, mengenali kita. Kerana mereke mungkin akan menemui kita lagi di masa akan datang.
Jadi, tricknya boleh jadi dengan sentiasa HIGHLIGHT WARNA/TEMA BRAND yang dibawa. Perkara ini nampak sangat remeh, akan tetapi kita boleh mengelakkan diri daripada banyak merugikan kesempatan yang sepatutnya kita boleh bantu dalam bisnes kita/client dalam sekeping DESIGN YANG BERKESAN.
5. EMOSI EMOSI EMOSI
Pastikan design yang dihasilkan, benar-benar membawa emosi kepada orang yang melihat. Jika produk makanan, pastikan Makanan lebih menyerlah berbanding benda-benda lain. Jika untuk membuat mereka yakin, tampilkan iklan yang sangat meyakinkan dan profesional.
Point ini sangat penting, kerana kebanyakan bisnes baru, mereka menyangka mereka boleh mengambil langkah yang sama seperti company-company yang sudah lama bertapak.
Mana tak nya, syarikat besar hanya tonjol mereka sahaja dan letak perkataan LESS 50% dan sangat mendapat sambutan. Bisnes baru harus tidak terpengaruh dengan teknik ini.
Jangan obses dengan nama bisnes sendiri, dengan produk sendiri, dengan logo syarikat sendiri, dan tonjolkan lebih dominan berbanding elemen-elemen yang sepatutnya ada dalam design untuk FB ADS. FB ADS sangat singkat dan padat, jangan lupa perkara yang lebih penting.
6. Jangan Takut Untuk Bermula.
Kalau dibaca dari sumber-sumber yang saya kongsikan ini, memang ada lagi protokol-protokol yang lain yang membolehkan iklan FB ADS kita lebih berkesan. Yang penting, 5 perkara asas yang saya kongsikan di atas tadi sudah dititik beratkan.
Jangan takut untuk bermula, kerana pada hakikatnya, FB sentiasa ubah-ubah protokolnya. Bahkan, penulisan saya ini, mungkin suatu hari nanti tidak lagi valid dan sesuai. Kerana itu, kita digalakkan untuk mengikuti perkembangan ini, sekalipun kita hanya seorang designer, atau kita pemilik bisnes yang selalu sub job design iklan kepada designer.
Insyaallah, saya kongsikan ini hanya dalam pengetahuan saya, dan apa yang saya lalui. Mungkin ada kekurangan atau perubahan dari masa yang akan datang. Apapun semoga bermanfaat perkongsian ringkas ini.:)
Rujukan:
1. https://www.facebook.com/business/help/388369961318508
2. https://www.facebook.com/business/ads-guide?tab0=Mobile%20News%20Feed
3. https://www.facebook.com/business/a/creative-guide-making-ads-tips
4. https://adespresso.com/blog/9-tips-perfect-facebook-ad-design/
5. https://www.canva.com/learn/how-to-design-facebook-ads/
Lihat resolusi tertinggi design ini di: https://www.behance.net/gallery/61054921/B-JAGA-Advertisement-Design
Boleh bg no fon
ReplyDelete