Buruk Untuk Viral Untuk Marketing?

Logo Alternatif Visit Malaysia 2020 design saya

   Kalau ikutkan hati saya, saya sebenarnya tidak ingin terlibat dengan isu ini. Ini bukan isu pertama yang berlaku dalam negara kita.

   Cukuplah idea saya yang ini pun bukanlah perahan idea yang terbaik yang pernah saya buat. Cukup sekadar untuk melibatkan diri supaya orang lain juga mengenali saya sebagai orang yang mampu hasilkan karya grafik dan LOGO.

   Saya sedikitpun tidak menyalahkan designer dalam isu ini. Sebab kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku disebalik perkara ini. Boleh jadi kerana permintaan, lebih-lebih lagi ianya sendiri sudahpun diluluskan. Selagimana perkara tersebut lulus, dari sudut lain, sebenarnya designer itu sendiri telah berjaya mengikut apa yang diinginkan.

   Akan tetapi, jika ada muslihat lain, itu bukan dalam kuasa kita untuk beranggapan dan berprasangka buruk, cukuplah dengan apa yang terzahir sahaja. Jadi, dalam kes ini, yang terzahir adalah logo itu sudahpun diluluskan.

   Mula menjadi perbualan para designer2 tempatan. Lagi hebat, banyak page-page dan website-website popular turut mengangkat isu ini. Bukan senang isu grafik mahu viral sebenarnya, tapi lain macam dengan logo kali ini.

   Paling mengejutkan saya, apabila beberapa blog grafik yang menjadi ikutan saya, juga mengangkat isu logo VM2020 negara kita ini. Antaranya blog grafik yang paling saya minat:
https://www.creativebloq.com/news/malaysian-tourism-logo-sparks-social-media-furore
dan beberapa yang lain yang saya tak linkan di sini.

   Lalu timbullah cebisan lain dari isu ini berkaitan marketing.

   Jadi, benarkah Buruk Untuk Viral Untuk Marketing?

   Ya, tidak dinafikan salah satu keberhasilan marketing adalah orang ramai mengetahui kewujudannya. Boleh tepuk tangan. Kejap. Adakah ianya berbaloi?

  Namun, bagi saya yang tidak berpengelaman luas dan masih belajar ni, ini bukan marketing yang baik. Kenapa? Haaa... saya pun belajarlah jugak marketing ni kecil-kecil, sipi-sipi macam tu.

   Kena tanya, siapa target audience dalam isu ini. Saya rasa dalam isu ini, bukanlah rakyat Malaysia yang hendak difokuskan dalam program/event ini. Memandangkan rakyat sendiri sudah ada dalam negara, nak visit apa? Uhuk2, batuk sikit guys...

   Purpose of good marketing is to get an attention from the targeted audience, silap faham audience, marketing viral sekalipun, tidak akan membuahkan hasil. Dalam kes ini, secara tidak langsung akan menjatuhkan standard negara kerana tidak memenuhi citarasa orang luar.

   Bayangkan kita sebagai pelancong, niat kita untuk melancong di negara luar kerana tempat dan suasana yang ingin dirasai. Tetapi sudah mendapat first impression yang tidak baik melalui logo yang tidak begitu menarik dan memenuhi kebiasaan logo untuk tarikan pelancong.

   Kami designer belajar, sekalipun "Don't Judge a book by its cover" itu wujud, kami sendiri harus berpening kepala untuk design cover buku yang menarik, untuk sesuai memikat orang untuk membaca. Ini rialiti yang berlaku. Kerana pandangan pertama itu sudah memberi tanggapan kepada kita. Kalau tak, tak akan ada tips pentingnya kemas di hari temu duga untuk mendapatkan kerja.

   Viral belum menjamin marketing yang baik. Boleh baca di artikel ini:

1. https://www.clickz.com/12-times-brands-went-viral-for-the-wrong-reasons/95741/
2. https://www.cio.com/article/2434318/internet/the-10-worst-viral-marketing-campaigns.html
3. http://blogs.brighton.ac.uk/rm437/2016/02/01/what-are-some-of-the-positive-and-negative-factors-for-viral-marketing-campaigns/

   Apapun, saya doakan yang terbaik untuk industri design tanah air. Sayang, banyak yang saya lihat berbakat, tapi jarang pula yang diangkat.



Ar-themes Logo

Muhammad Syafiq Azman

Berpengalaman dalam menghasilkan design-design kreatif untuk pelbagai syarikat dan produk-produk tempatan. Menulis adalah hobi disamping berkongsi secebis ilmu yang ada. Berpengalaman mengajar secara personal coaching atau kelas berkaitan design grafik. Kini bersama team #sifoodotcom (www.sifoo.com) untuk lebih serius berkongsi ilmu ke masyarakat dalam bidang art dan multimedia.

No comments:

Post a Comment