NIPIS Font Coming Soon | TQ 70K+ Views


Assalamualaikum dan hai semua kerinduan saya,

Tanpa saya sedar, setelah hampir 4 bulan saya tak buat sharing di fb dan blog RD, rupanya saya sentiasa dapat email personal dari beberapa designer yang tidak putus-putus memberita berita gembira dan semangat.

Blog RD juga dalam rekod statistik yang sangat baik, alhamdulillah, sesuatu yang amat tidak terjangkakan. Di carian google juga di posisi yang alhamdulillah sangat baik dan sangat bersyukur. Semoga ilmu yang dikongsikan akan terus bermanfaat dan menjadi bekalan amal buat diri saya sendiri.

 Insyaallah, menyepi tidak bermakna tidak berisi, betul tak? Semoga semangat dan sokongan sahabat-sahabat memberikan saya kekuatan terus menerus untuk terus tingkatkan kemahiran, sambil belajar dan berkongsi daripada kalian semua.

----------

Dalam nota design saya, ada banyak tips-tips yang tak sabar saya nak kongsikan kepada semua. Buku-buku yang saya baca juga banyak lagi yang belum selesai diteroka.

Koleksi fonts saya? Hehehe... pelan-pelan... Laju-laju bahaya, terhantuk susah nak bangun.

Projek baju Taidel saya juga ada kekurangan yang harus diperbaharui, tapi koleksi, masih tersimpan rapi. Menunggu masa yang sesuai dan kuat untuk diteruskan. Banyak perkara yang harus ditambah  baik apabila berkait dengan perancangan bisnes. Bukan suatu perkara yang boleh diredah sesuka hati, sekalipun design kita sudah berpuas hati.

Untuk yang terdekat ni, Insyaallah saya akan kongsikan salah satu dari koleksi font terbaru saya, hehe... Saya ada beberapa buku font yang saya jadikan sebagai rujukan. Memang fuhhh, banyak lagi kena baiki dalam dunia font saya, haha...

Apapun, soal belajar dan improve, tak akan terlepas dari kesilapan kan. So, jangan risau, sama-sama kita kayuh ke depan.

Terima kasih sahabat-sahabat dan yang baru kenal saya dari www.rahsiadesign.com
Jom, kita mulakan kembali...

Keep Going.
Teaser sikit NIPIS FONT.

Inspirasi daripada beberapa font yang saya nampak unik. Font ni bukan kategori mudah dibaca. Font dalam kategori seni sikit. Hehehe... Nanti saya cerita lebih sikit tentang font ni.




Ar-themes Logo

Muhammad Syafiq Azman

Berpengalaman dalam menghasilkan design-design kreatif untuk pelbagai syarikat dan produk-produk tempatan. Menulis adalah hobi disamping berkongsi secebis ilmu yang ada. Berpengalaman mengajar secara personal coaching atau kelas berkaitan design grafik. Kini bersama team #sifoodotcom (www.sifoo.com) untuk lebih serius berkongsi ilmu ke masyarakat dalam bidang art dan multimedia.

No comments:

Post a Comment