Assalamualaikum dan hai semua,
Insyaallah, hari ni saya nak kongsikan serba sedikit berkaitan iklan yang berkesan. Iklan ini sangat penting dalam dunia kehidupan kita.
"Selagimana manusia terus mencipta produk, maka mereka akan terus mencipta iklan."
Melainkan mereka yang tidak memahami kaedah mencipta brand awareness dalam bisnes. Tidak boleh tidak, iklan dalam apa jua medium, memerlukan teknik dan etikanya yang tersendiri. Mungkin ramai orang boleh menggunakan software dan mencipta poster, namun belum menjamin penghasilan poster yang berkesan.
Bercakap mengenai iklan yang berkesan, cukup panjang dan lebar. Perbincangan yang memerlukan fokus dan kajian yang tepat, terutama untuk memastikan, mesej yang ingin disampaikan, bukan sahaja tepat pada target audience, akan tetapi cukup tepat untuk memahamkan mereka mengenai apa yang cuba kita sampaikan, dan apa yang sebenarnya kita mahukan.
HANYA DARI SEKEPING IKLAN, YANG DIDESIGN DAN DISEBARKAN.
Jadi dalam perkongsian kali ini, saya akan tekankan kepada teknik asas yang boleh kita tekankan sebelum memulakan design iklan kita.
1. Cipta Kelainan Dengan Kreatif
Bila saya sebut Pokok, apa yang sahabat bayangkan? Adakah hutan, atau Sebatang Pokok yang berdaun hijau. Saya yakin majoriti akan membayangkan Sebatang Pokok.
Bila saya menyebut Kucing, apa yang sahabat bayangkan. Seekor Kucing atau sekeluarga kucing. Saya yakin juga seekor kucing.
Jadi, apa yang saya hendak maksudkan di sini adalah, sejauhmana keupayaan kita untuk membawa iklan yang mungkin sudah ada lambakan produk berkaitan yang sama ketegorinya, tetapi kita mahu pahatkan satu brand yang sedang kita designkan sahaja yang akan melekat dalam kepala ramai orang.
Contoh bila saya menyebut produk putih, saya yakin ramai yang akan terbayangkan produk QuPUTEH dengan warna temanya yang pink pink gegirl gitteww. Itu contoh branding yang berkesan. Bayangkan kalau mereka tidak tetapkan warna tema dan ikon untuk produk tersebut, sudah pasti, sukar untuk kita bawa produk client dengan servis terbaik kita.
Kerana itu, sebagai designer, termasuk juga pemilik produk sendiri, harus mencipta satu ikon dan mesej yang berbeza untuk orang dapat mengingati brands yang dibawa. Bila kita sedia mengenalpasti perkara ini, teruskan mencipta iklan yang, masuk point ke dua.
2. Simple Tapi Berbeza
Simple tidak bermakna, kurangnya info. Info boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk. Contoh saya ingin menyampaikan "Kucing Anda Berkurap? Gunalah MeowCute". Saya boleh tukar kepada satu imej Kucing yang bulu gebu gebas, cantik sihat, sedang pegang produk MeowCute dengan isyarat BEST.
Dari situ kita faham, produk yang dipegang adalah asbab kepada sihatnya seperti gambaran yang ada dalam iklan tersebut. Itulah contohnya.
Fikirkan mesej terbesar produk client dan cuba sampaikan dalam mesej yang lebih mudah difahami, ringkas, padat, te tapi sampai.
3. Call To Action
Setiap iklan pasti ingin mempromosikan produk-produk client. Jadi, bagi memastikan keberkesanan iklan yang dibuat, pastikan kita memasukkan unsur respon kepada viewers (Call to Action).
Call to action ini juga ada kaedah yang tersendiri. Boleh guna beberapa kaedah yang sesuai, asalkan kita dapat mengenal pasti respon sudah cukup untuk mendapat data dan sebagainya.
Kebanyakan iklan, berfungsi untuk mempromosikan produk-produk client.
Saya sangat meminati perkongsian di website ini, dan saya harap, sahabat-sahabat juga dapat membaca sepenuhnya perkongsian di sini:
https://www.crazyegg.com/blog/call-to-action-examples/
4. Jauh Dan Dekat Tapi Masih Boleh Catch Up
Sesetengah iklan akan berfungsi dalam perlbagai saiz. Lagi-lagi dalam dunia offline, sangat menitikberatkan jarak antara pandangan viewers.
Iklan yang efektif adalah yang mampu menyampaikan mesej dalam medium yang mereka ada. Kalau dalam dunia digital, pastikan iklan tersebut, memenuhi krateria yang sesuai terutama dari segi warna, susunan, saiz dan sebagainya. Kalau iklan printed, pastikan mesej yang hendak disampaikan, berfungsi secara baik, darisegi main mesej untuk disampaikan.
5. Bagi Value Kepada Mereka
Iklan yang jauh berkesan, adalah iklan yang mampu memberi value/nilai kepada penonton. Boleh jadi kita memberi tips, atau memberi penyelesaian kepada sesuatu, atau memberi promosi. Elemen-elemen yang memberikan manfaat kepada penonton, secara tidak langsung, akan memberi daya tarikan kepada orang lain.
Reference:
1. https://www.canva.com/learn/advertisement-design-tips/
2. https://www.canva.com/learn/25-ways-to-design-an-awesome-poster-and-create-a-buzz-for-your-next-event/
3. http://www.creativebloq.com/print-design/how-design-poster-pro-tips-7133634
4. https://www.crazyegg.com/blog/call-to-action-examples/
No comments:
Post a Comment