Membina portfolio yang berkualiti sangat penting dalam memberikan impak yang baik dalam 'job hunting'. Dan portfolio sering disalah ertikan sebagai bebas memaparkan hasil-hasil kerja yang pernah dilakukan.
Ini menyebabkan sesetengah portfolio tidak tersusun dan tidak memberi kesan dalam menarik minat/ first impression interviewer sekalipun hasil kerja sudah cukup hebat dengan kemahiran yang ada.
Ada beberapa tips untuk memberi gambaran yang jelas dalam menghasilkan portfolio yang berkualiti.
01. Pecahkan Topik & Ikut Kepakaran
Pecahkan setiap topik dari kemahiran yang paling anda kuasai kepada kemahiran yang sedikit anda kuasai. Ini dapat memberikan first impression yang baik, dan diselangi dengan kemahiran lain yang mungkin boleh ditambahbaik lagi dari masa ke semasa.
Elakkan portfolio yang dipecahkan mengikut projek atau hasil kerja yang tidak disatukan dalam topik yang sama.
02. Tunjukkan Proses
Menunjukkan proses sangat penting untuk mendedahkan kemahiran sebenar kita dalam mengolah sesebuah idea sehingga menjadi hasil yang siap.
Biasakan diri merekod setiap proses yang pernah kita buat untuk menjadi bukti kukuh sesebuah karya yang kita hasilkan.
Biasakan pamerkan hasil akhir karya dalam bentuk mockup atau gambar original fizikal sesebuah projek.
03. Pencapaian Karya
Mempamerkan pencapaian-pencapaian yang pernah anda capai dalam portfolio, akan menampakkan anda seorang yang berdedikasi dan produktif. Apapun pencapaian yang anda miliki, samada kecil mahupun besar, cuba sediakan satu slot untuk anda terus promosikan produktiviti anda dalam portfolio ini.
Contoh pencapaian:
1. Pernah memenangi pertandingan.
2. Projek mendapat sambutan.
3. Melaksanakan kerja-kerja daripada syarikat terkenal.
4. Karya mendapat perhatian daripada tokoh masyarakat.
04. Pamer Projek Persendirian
PAMERKAN projek persendirian yang anda fikir sangat berbaloi untuk dibanggakan. Projek persendirian yang melibatkan kemahiran yang anda ingin kembangkan, akan memberi nilai tambah dalam portfolio.
Ini menunjukkan komitmen dan minat anda yang mendalam terhadap bidang yang anda ingin ceburi.
Biasakan diri untuk sentiasa membuat simpanan yang rapi terhadap projek-projek persendirian anda supaya boleh dipersembahkan kepada sesiapa sahaja.
Teruskan berkarya dengan sistematik.
05. Miliki Portfolio Online
Anda tidak mempunyai alasan untuk tidak mempunyai online portfolio sekalipun anda adalah designer bahagian printing.
Online Portfolio akan meningkatkan kredibiliti anda.
Bayangkan, karya anda yang hebat-hebat ada di website, dan anda sebenarnya memang terdedah dengan peluang lain di luar sana. Tetapi anda memilih untuk mencuba syarikat yang sedang anda usahakan.
Pamerkan bagaimana anda menonjolkan hasil karya anda di media sosial. Pastikan portfolio online anda juga kemas dan kreatif.
Semoga rahsia ringkas ini membantu anda untuk menyusun portfolio anda dengan lebih menarik dan mendapatkan pekerjaan yang anda impikan.
No comments:
Post a Comment