Font Pertama untuk Tahun 2018 "Tajam Font"






   Alhamdulillah, akhirnya pada tarikh ganjil 13/1 lahir rasa perasaan untuk cipta font sendiri seperti yang pernah dibuat pada tahun lepas.

   Tahun lepas hanya sempat keluarkan 3Font sahaja. Harap tahun ni boleh hasilkan lebih banyak font sendiri sebagai koleksi.

   Sebenarnya seronok juga buat font sendiri ni, sebab kita akan dapat merasakan cabaran sebenar designer font yang berjaya menghasilkan jenis-jenis font mereka yang tersendiri yang sangat sesuai dan tidak kekok apabila digunakan menjadi perkataan dan ayat.

   Antara cabaran yang saya dapati ketika memulakan design fint sendiri adalah keupayaan untuk memikirkan tema yang baru. Bukan lagi font yang kelihatan seperti kebiasaan atau mirip dengan font yang sudah sedia ada.

   Mendapatkan abjad-abjad huruf yang balance dan stabil juga sangat sukar. Apatah lagi jika huruf-huruf tersebut mula bergabung untuk membentuk perkataan.

   Apapun, sepanjang proses Tajam Font kali ini, saya merasa lebih seronok dan mudah. Apatah lagi asas untuk font ini, adalah terbentuk dari konsep Golden Ratio.

   Seperti yang sahabat boleh lihat dalam screenshoot yang saya kongsikan ini.

   Apapun, saya rasa sangat berpuas hati, walaupun ada sesetengah bahagian yang tidak sepenuh perfect, at least, font ini dapat disiapkan. hanya bahagian nombor sahaja yang tidak buat.

   Seharian siapkan font ini. Sampai tak sempat tidur, hehe. Terpaksa tidur selepas solat subuh. Memandangkan memang hampir lewat malam mengubahsuai font ni.

   Nantikan Tajam Font yang akan keluar hari Sabtu nanti. 20 Januari 2018.
   Kalau ada sahabat yang hendak tambilkan kreativiti menggunakan font ini, jangan segan untuk komen atau pm saya. Saya akan emailkan dan karya yang diberi akan ditempilkan bersama ketika font ini dilancarkan.

   Insyaallah...:)





Ar-themes Logo

Muhammad Syafiq Azman

Berpengalaman dalam menghasilkan design-design kreatif untuk pelbagai syarikat dan produk-produk tempatan. Menulis adalah hobi disamping berkongsi secebis ilmu yang ada. Berpengalaman mengajar secara personal coaching atau kelas berkaitan design grafik. Kini bersama team #sifoodotcom (www.sifoo.com) untuk lebih serius berkongsi ilmu ke masyarakat dalam bidang art dan multimedia.

No comments:

Post a Comment