Perkara Yang Harus Kita Berani Jujur Dengan Bisnes Servis

Salah satu daripada karya saya. Gambar sekadar hiasan.

   Dalam apa jua kemahiran yang kita ada, apatah lagi yang melibatkan salah satu daripada kerjaya dan bisnes yang kita lakukan, ada perkara penting yang harus kita fahami. Supaya dapat mengelakkan sebarang kesalahfahaman orang lain terhadap apa yang kita lakukan.

   Dalam penulisan ini, saya boleh katakan ianya sedikit umum atau general. Memandangkan apa yang akan saya kongsikan ini, adalah dari pembacaan saya dari penulisan Steve Gordon, JR dalam artikelnya yang bertajuk "Keep Your Clients Honest". Tapi dalam skop saya sebagai graphic designer, mungkin. Atau apapun perkhidmatan servis lain yang kita lakukan, yang melibatkan urusan yang sepatutnya bisnes, bukan sekadar amal jariah.

   Perkara yang harus kita fahami dalam mendepani isu ini adalah dengan sentiasa menyematkan satu pegangan bahawa "This isn't personal; it's business".

   Apa yang menarik perhatian saya dalam apa yang penulis ini kongsikan adalah, bagaimana seharusnya kita memandang clients yang mahukan servis kita, sebagai clients?

   Sehinggakan, boleh jadi kawan kita sendiri adalah clients kita, bukan lagi kawan rapat waktu kita bermain jongkang-jongkit dan sebagainya. Kerana perkara yang harus kita fahami dalam servis yang kita berikan adalah, EXPECTATIONS dan juga MASA KITA.

   Expectations adalah suatu nilai yang amat besar yang akan menggambarkan imej kita dan bisnes kita. Boleh jadi servis yang kita berikan ini, akan memberi impak kepada kita, hanya kerana hasil kita yang akan mula dilihat oleh orang lain, bukan lagi dari clients tersebut. Lagi parah, kalau apa yang diharapkan, tidak mencapai apa yang diimpikan, hanya kerana kerja kita yang buat ala kadar dan sambil lewa.

   Betapa pentingnya fokus dan nilai karya servis yang akan kita lakukan. Jika tidak kerana profit, kerana itu kita harus consider semula MASA kita!

   Sebab itu dua perkara ini sangat penting.

   Ok, bukan itu yang menarik saya nak olah dalam perkongsian kali ini. Akan tetapi point-point penting yang Steve Gordon, JR highlightkan dalam penulisannya mengenai beberapa perkara yang seharusnya kita berterus terang dalam memulakan urusan bisnes servis kita, supaya selamat jiwa dan raga dan bakul hati kita.

    Antara perkara-perkara yang perlu kita berterus-terang sebelum memulakan sebarang projek servis kita adalah, kita harus memberanikan diri untuk:

1- Menerangkan keseluruhan bajet yang akan mereka bayarkan kepada kita.

2- Billing expectations, as in hourly or project basis (saya selalunya base on project basis agar lebih perform dan selamat)

3- Payment Schedule

4- Proses siap, sepertimana yang harus disiapkan dan kepada siapa, dan bila.

5- Final deliverable- Are you expected to show concepts only or deliver production-quality files?

6- Subcontractors- Are you using them, or expected to use your client's? If so how will they paid, and by whom, and how much, and is there a markup? (yang ini pun sangat penting. Samada bahan-bahan yang akan kita gunakan itu harus daripada apa yang diberikan, atau apa yang akan kita dapatkan untuk siapkan projek mereka. Jika luar daripada tujuan asal mendapatkan servis tersebut, maka adakah extra charge yang harus kita kenakan. Yang ni pun harus clear cut betul-betul)

   Itulah antara 6 perkara menarik yang saya jumpa dalam artikel yang baru saya baca. Memang tepat dan mungkin ada point-point lain yang akan kita temui.

   Tetapi, asasnya untuk mereka-mereka yang baru, yang selalu ada kesukaran untuk mendepani clients, inilah antara perkara yang sepatutnya kita beranikan diri dan cuba mantapkan lagi kemahiran berkomunikasi dan deals.

   Sangat penting, agar karya atau servis yang kita berikan, adalah yang terbaik, dan diri kita juga mendapat apa yang terbaik untuk diri kita.


Ar-themes Logo

Muhammad Syafiq Azman

Berpengalaman dalam menghasilkan design-design kreatif untuk pelbagai syarikat dan produk-produk tempatan. Menulis adalah hobi disamping berkongsi secebis ilmu yang ada. Berpengalaman mengajar secara personal coaching atau kelas berkaitan design grafik. Kini bersama team #sifoodotcom (www.sifoo.com) untuk lebih serius berkongsi ilmu ke masyarakat dalam bidang art dan multimedia.

No comments:

Post a Comment