Akhirnya Tajam Font Tersenarai


Alhamdulillah, hari ini dikejutkan dengan satu notification yang sangat berharga bagi saya, jadi saya ingin abdikan di website ini.

Kalau ikutkan, dari tahun lepas lagi saya sudah mula mendesign font dengan software Fontself ni. Tapi tidak dapat apa-apa respon dari team mereka.

Mungkin kerana waktu itu masih banyak yang perlu dibaiki. Tak sangka untuk Tajam dan Tatajam Font ini mendapat perhatian mereka.

Bukan sekadar 'appreciated' mereka juga masukkan font saya buat ini dalam collection mereka.

   Merasalah font saya bersama dengan font-font yang jauh lebih hebat.Huhu. Apapun ini satu permulaan yang bagus insyaallah. Kalau tengokkan font-font lain yang ada dalam collection tu, memang sangat hebat dan memuaskan. Presentation mereka juga hebat, kagum tengok.

   Nampaknya lepas ini kena kemaskan lagi dari segi persembahan yang baik dan menarik. Sekarang sedang menghadam buku "Digital Fonts" by Alec Julien. Sangat menarik dan banyak benda lagi yang sepatutnya saya dalami.

   Boleh, Boleh, BOLEH!

   Kena terus improve dari masa ke semasa. Kena elakkan rasa malas dan rasa tak yakin sebab ada orang lagi hebat. Kadang-kadang benda macam ini boleh menggangu serba sedikit motivasi kita bukan?

   Jadi, jom fokus kepada kekuatan yang kita ada, dan terus maju ke hadapan.

   Insyaallah... :)


Download Software Link: FONTSELF

Ar-themes Logo

Muhammad Syafiq Azman

Berpengalaman dalam menghasilkan design-design kreatif untuk pelbagai syarikat dan produk-produk tempatan. Menulis adalah hobi disamping berkongsi secebis ilmu yang ada. Berpengalaman mengajar secara personal coaching atau kelas berkaitan design grafik. Kini bersama team #sifoodotcom (www.sifoo.com) untuk lebih serius berkongsi ilmu ke masyarakat dalam bidang art dan multimedia.

No comments:

Post a Comment