5 Tips Photomanipulation Berkesan



1. Bermula Dengan Resolusi Gambar Yang Baik
Resolusi gambar yang baik sangat penting dalam menghasilkan photomanipulation yang berkualiti tinggi. Resolusi yang kecil, akan menyulitkan proses photomanipulation kerana ada sesetengah bahagian yang memerlukan kita untuk resize panjang lebar gambar tersebut. Biasakan diri untuk menggunakan artboard dengan resolusi 300dpi. Begitu juga, cuba dapatkan gambar2 yang berisolusi setinggi itu.
Website2 yang menawarkan gambar-gambar berkualiti tinggi dengan PERCUMA, kegemaran saya:
- www.pixabay.com
- www.pexels.com
https://unsplash.com/
https://negativespace.co/

2. Light and Shadow
Menguasai Light and Shadow bukan suatu perkara yang mudah. Antara teknik yang saya selalu guna untuk latihan saya adalah, saya akan lihat gambar objek yang memang diambil secara rialistik, dan cuba untuk buat latihan dengan hasilkan kesan cahaya dan bayang-bayang yang sama pada objek yang kita posisikan sendiri dalam gambar lain. Latihan ini sangat penting untuk membantu kita melihat keadaan yang sangat rialistik cahaya dan kesan bayang-bayang pada gambar sebenar, yang cuba kita applikasikan dalam photomanipulation kita.

   Seingat saya pada awal tahun ini, sangat banyak saya latih diri saya untuk hasilkan cahaya dan bayangan yang lebih realistik dalam photomanipulation saya. Awal-awal memang kelihatan janggal, terutama kelemahan dalam mengusai, kesan-kesan dari Blend Mode yang berbeza untuk menghasilkan tindihan cahaya pada elemen-elemen dalam photomanipulation.

   Sahabat boleh baca satu persatu di website ini, untuk mengusai Light and Shadow untuk improve ilmu yang kita ada berkaintannya.

Sumber: https://design.tutsplus.com/articles/improve-your-artwork-by-learning-to-see-light-and-shadow--cms-20282

3. Dodge and Burn
Tips ini saya pernah share dalam artikel-artikel saya sebelum ini. Tapi seperti biasa, dalam proses improvement yang saya lalui, saya belajar banyak benda baru melalui pertanyaan dengan mereka-mereka yang berpengalaman.

   Apa yang saya nak tekankan dalam tips yang sama ini, betapa pentingnya kesan dodge and burn, SEKALIPUN PADA ELEMEN YANG KECIL, untuk memastikan kestabilan effect yang ada dalam photomanipualtion yang kita buat. Kesan-kesan dodge and burn pada elemen yang kecil, akan membantu kita untuk menghasilkan artwork photomanipulation yang berkualiti tinggi dengan kesan-kesan details pada setiap elemen yang ada.


4. Semua Elemen Dalam Perspektif  Yang Betul


Perspektif yang tepat, akan membantu kita untuk menghasilkan gabungan elemen2 gambar yang lebih realistik dan masuk akal. Bahkan, Perspektif yang tepat ini juga akan membantu kita dalam  menghasilkan arah cahaya dan kesan bayang-bayang yang lebih tepat dan realistik. Kerana suumber cahaya dengan bayang-bayang sangat berkait antara satu sama lain, termasuk ketepatan perspektif elemen yang ada dalam photomanipulation kita.

Baca info lebih lanjut berkaitan Perspektif di sini:
https://design.tutsplus.com/articles/technical-drawing-for-beginners-an-introduction-to-perspective--vector-21707

5. Bermain Dengan Camera Raw Filter(CRF) Sebelum Finishing
   CRF sangat penting dalam mengimbangi secara keseluruhan kesan2 editing pada semua elemen gambar. Bahkan, ianya sangat patut untuk medapatkan hasil yang lebih realistik mengikut keperluan pada setiap ruangan yang ada pada basic panel yang merangkumi, temperature, highlight, shadow, calarity, vibrance, saturation dan sebagainya.

Panel Camera Raw Filer
Antara trick yang selalu saya guna adalah, saya akan rujuk design-design inspirasi yang otai-otai sudah buat di website2, dan cuba bermain setiap yang ada pada kategori basic panel tu untuk dapatkan suasana yang sama dalam design saya:

Tip: To access layers you've tucked into a smart object, double-click its layer thumbnail and Photoshop opens them in a temporary document

Ar-themes Logo

Muhammad Syafiq Azman

Berpengalaman dalam menghasilkan design-design kreatif untuk pelbagai syarikat dan produk-produk tempatan. Menulis adalah hobi disamping berkongsi secebis ilmu yang ada. Berpengalaman mengajar secara personal coaching atau kelas berkaitan design grafik. Kini bersama team #sifoodotcom (www.sifoo.com) untuk lebih serius berkongsi ilmu ke masyarakat dalam bidang art dan multimedia.

No comments:

Post a Comment