Design Produk Makanan. Bagi Mereka LAPAR!




     Assalamualaikum dan salam ceria semua sahabat saya. Harap semua dalam keadaan sihat dan ceria selalu.
Ribuan terima kasih kepada sahabat2 yang selalu support website www.rahsiadesign.com . Pelawat blog saya itu aktif dilawati pemilik2 bisnes baru yang ingin memahami kelebihan grafik yang baik untuk produk mereka. Dan begitu juga dari sahabat2 grafik. Terima kasih kepada yang memberi komen2 untuk penambahbaikan blog tersebut.

Baiklah. Hari ni nak kongsikan tips basic untuk design iklan makanan yang bagi impak kepada viewers.

1. Timbulkan Texture Makanan Tersebut

     Selain daripada gambar produk dengan resolusi yang terbaik, kita boleh bagi kesan tambahan untuk nampakkan details yang ada pada makanan tersebut. Details2 dengan bantuan "Sharp" atau "High Pass" sangat membantu dalam meningkatkan lagi dramatic effect yang ada pada texture makanan tersebut.

Dan sudah tentu, selain kesan sharp yang kita tambah, kesan dodge and burn juga sangat membantu dalam meningkatkan lagi kualiti rialistik grafik ini. Dalam design saya ini, saya kenakan Dodge and Burn pada bahagian tangan, bahagian daun pandan, dan juga meja kayu.

2. Pemilihan Elemen Support Emosi Produk Yang Sesuai

     Setiap produk makanan, ada aura mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, produk2 yang mendatangkan rasa pedas, akan mudah direlatekan dengan warna merah dan berapi. Maka, unsur yang sesuai untuk memberi aura yang sama dalam design grafik produk tersebut mungkin dengan memasukkan elemen api, grunch texture, merah, dan sebagainya yang membawakan perasaan yang sama sekalipun perkara tersebut metafora sahaja.

Contoh lain: Dalam artwork ini, saya masukkan elemen water droplet pada bahagian plastik walaupun ada yang original dari gambar, tapi saya masukkan kesan embun air tambahan agar melihatkan makanan ini dalam kategori elok dimakan ketika sejuk beku. Ada embun2 air untuk menyokong emosi dingin dalam kategori produk sejuk seperti akok ini.

3. Make It Simple But Sweet 

     Simple yang saya ingin tekankan di sini adalah, tidak terlalu banyak elemen tambahan yang boleh mengaburkan perhatian orang lain pada produk. Jika perlu, Produk tersebut hendaklah kelihatan lebih dominan berbanding elemen2 lain yang ada pada sekeliling atau ruangan design tersebut.

Cara terbaik untuk timbulkan produk berbanding elemen lain adalah dengan:

* Kaburkan pada elemen2 yang dirasakan terlalu contra dengan produk sehingan mengganggu pandangan, mungkin atas faktor saiz elemen tersebut, warna elemen tersebut ataupun warna tersebut. Maka, elakkan mereka mendominasi ruang design sehingga menenggelamkan produk yang nak ditonjolkan.

*Halakan sumber cahaya kepada produk berbanding elemen-elemen lain. Sebagai contoh dalam design saya ini, saya fokuskan kesan cahaya pada produk berbanding pada meja dan daun pandan tersebut. Asalnya, design grafik ini nampak lebih menarik dengan meja kayu yang lebih cerah, namun saya dapati, warna kayu tersebut, sangat dekat dengan warna Akok dalam plastik itu, sehingga tidak timbul Akok itu sendiri. Jadi saya tukarkan dengan meja kayu yang lebih gelap, dan menghalakan arah cahaya yang dominan dari belakang, so that (ecece...) bayang2 akan berada pada bahagian, dan gelapkan pada area depan produk tersebut. Dari situ, meja dan daun pandan, tidak mendominasi dalam design iklan ini.

Insyallah, setakat ini sahaja, perkongsian ringkas mengenai design untuk produk makanan. Untuk tips2/tutorial/ freebies yang pernah saya kongsikan, boleh rujuk di:

www.rahsiadesign.com

*Yang berpengalaman, silakan komen dan cadangan penambahbaikan.

Lihat artwork ini dengan resolusi tertinggi di:
https://www.behance.net/gallery/58371379/Kuih-Akok-Che-Anna

Rujukan:
1. http://mentalfloss.com/article/30195/11-ways-advertisers-make-food-look-delicious
2. https://brightside.me/wonder-curiosities/15-incredible-tricks-advertisers-use-to-make-food-look-delicious-296860/
3. https://designshack.net/articles/inspiration/10-tips-for-delicious-menu-design/

Ar-themes Logo

Muhammad Syafiq Azman

Berpengalaman dalam menghasilkan design-design kreatif untuk pelbagai syarikat dan produk-produk tempatan. Menulis adalah hobi disamping berkongsi secebis ilmu yang ada. Berpengalaman mengajar secara personal coaching atau kelas berkaitan design grafik. Kini bersama team #sifoodotcom (www.sifoo.com) untuk lebih serius berkongsi ilmu ke masyarakat dalam bidang art dan multimedia.

No comments:

Post a Comment