Tips Design Banner Untuk Printing Bahagian 2
1. Banner Berbentuk Informasi (Kempen/Makluman)
Elemen yang patut difokuskan adalah penggunaan ayat yang sangat ringkas dan paling mudah difahami. Seterusnya penggunaan font yang tidak terlalu berat untuk dibaca. Kerana selalunya kempen-kempen atau makluman yang umum, akan merangkumi target audience yang luas. Terutama golongan-golongan yang sudah berumur.
Kita ingin design banner kempen elak kencing manis, tapi penggunaan font yang terlalu berseni menyukarkan golongan yang berusia untuk tangkap dan memahami mesej yang hendak disampaikan (Contoh).
.
2. Mempromosi/Memperkenalkan Produk
Persembahkan elemen yang menggambarkan identiti produk. Kerana sesetengah packaging(bungkusan) produk terlalu simple atau penuh dengan info yang padat. Untuk banner printing, pastikan disamping packaging produk, tampilkan elemen-elemen yang menunjukkan kekuatan produk tersebut.
.
3. Banner untuk Program/Aktiviti
Yang ni paling penting. Sebab selalunya mereka yang melakukan event, program atau aktiviti, merasakan design hanya perlu Touch n Go. Sangat membahayakan. Info yang tidak sampai, orang berkemungkinan tak sampai ke program kita.
Untuk banner ini, fokuskan elemen yang menggambarkan program pada hari yang berlangsung dengan jelas. Begitu juga dengan tarikh, tempat, dan info mengenai berlangsungnya program tersebut.
.
Insyaallah, ini hanya tips ringkas. Perkara yang saya tekankan tadi, menjadi elemen yang sepatutnya dititik beratkan dalam design banner untuk printing. Dengan mengtahui fokus ini, kita lebih jelas untuk menisbahkan elemen-elemen yang harus difokuskan dalam saiz banner yang tersedia.
*Yang berpengalaman mohon penambahbaikan
*Sekadar berkongsi sekelumit ilmu
*Maaf lambat buat kesinambungan, sedang mengikuti event.
Muhammad Syafiq Azman
Berpengalaman dalam menghasilkan design-design kreatif untuk pelbagai syarikat dan produk-produk tempatan. Menulis adalah hobi disamping berkongsi secebis ilmu yang ada. Berpengalaman mengajar secara personal coaching atau kelas berkaitan design grafik. Kini bersama team #sifoodotcom (www.sifoo.com) untuk lebih serius berkongsi ilmu ke masyarakat dalam bidang art dan multimedia.
Wining TikTok Guru
Bacaan Popular
-
Berikut adalah contoh bagaimana mockup ini boleh mempersembahkan design kita: Follow and Appreciate my artwork at: Behance ...
-
Ingat lagi tutorial di: http://www.rahsiadesign.com/2019/01/create-grids-in-illustrator-tutorial.html Ini antara manfaat yang boleh...
-
Membina portfolio yang berkualiti sangat penting dalam memberikan impak yang baik dalam 'job hunting'. Dan portfolio sering ...
-
Assalamualaikum dan Salam Isnin Produktif, Semoga hari ini lebih baik dari semalam, amiiin. Sedikit perkongsian untuk diri sendiri dan s...
Sy ada projek utk buat banner menggabungkan 3 program...jd sy ada masalah mcm mana nk aturkan tarikh dan penyusunan kata...Mohon nasihat,terime kasih (> v <)
ReplyDelete