Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Dapatkan Servis Design Untuk Produk Anda

1. Tema Warna Produk
Sebagai founder, anda harus berpandangan jauh. Terutama dalam memastikan orang ramai mengenali produk anda. Dan antara salah satu caranya adalah bagaimana anda tampilkan diri anda kepada khalayak ramai. Kerana itu amat penting tema yang akan digunakan oleh produk anda sepanjang proses marketing nanti.
*Jangan cari designer, lepas tu sekadar cakap nak corak bunga-bunga. Tema warna anda lebih penting untuk orang kenal anda, dan designer pula tiada masalah dengan bentuk-betuk yang berbeza.
2. Logo atau Let It Go
Dalam proses marketing, samada hendak design poster, banner atau sebagainya, anda harus memahami fokus marketing untuk produk anda. Mungkin sesetengah mereka mengeluarkan pelbagai macam produk, namun selagi di bawah pengusaha yang sama, pastikan anda fokuskan logo company anda sebagai bahan marketing yang tidak boleh berpisah tiada. Sebagai contoh, selagi kategori bisnes anda adalah kesihatan, walaupun ubat-ubat untuk penyakit yang berbeza, highlightkan logo company anda dalam design tersebut.
Kesannya, orang ramai akan meyakini company anda sebagai company yang gigih dengan produk kesihatan, sekalipun pada penyakit-penyakit yang berbeza.
*Jangan suruh designer design poster, hanya fokus kategori produk yang lain. Logo sebagai brand anda dalam kategori bisnes, walaupun produk yang berbeza-beza. Tanpa identiti, one produk go, other produk dah let it go.
3. Kelainan Produk Berbanding Produk-produk Lain
Jika ada perbezaan, ini sangat penting untuk ditekankan. Produk kosmetik anda ada campuran bahan yang jarang produk lain ada, maka tonjolkan kelainan itu. Dengan cara ini, design dalam proses marketing atau design dalam proses packaging, akan lebih menyerlah dengan kekuatan produk berbanding produk-produk yang lain.
*Jangan sekadar upah designer, cakap anda buat produk putih, masukkan model muka putih melepak dalam design. Rugi, sedangkan dalam produk anda, ada kelainan pada bahan atau campuran terbaru yang sangat tinggi nilai untuk ditandingi dengan produk lain.
Insyaallah, mungkin setakat ini, inilah yang saya boleh kongsikan kepada anda yang baru hendak mencipta produk sendiri.
Jika anda tidak menyatakan perkara ini, para designer mungkin terlepas pandang.
Kepada designer juga, kena faham benda ini agar dapat membantu pengusaha-pengusaha produk baru mereka.
*Yang berpengalaman, mohon penambahbaikan.

Ar-themes Logo

Muhammad Syafiq Azman

Berpengalaman dalam menghasilkan design-design kreatif untuk pelbagai syarikat dan produk-produk tempatan. Menulis adalah hobi disamping berkongsi secebis ilmu yang ada. Berpengalaman mengajar secara personal coaching atau kelas berkaitan design grafik. Kini bersama team #sifoodotcom (www.sifoo.com) untuk lebih serius berkongsi ilmu ke masyarakat dalam bidang art dan multimedia.

No comments:

Post a Comment