Design Grafik : Pecahkan Tembok Kebiasaan!



Assalamualaikum dan salam ceria semua sahabat RDC,
Lama tak berkongsi karya dengan celoteh bawang tentang design.
"If You're Going to Break The Rules, Know What TheyAre." -365 Habits of Successful Graphic Designer-

Dalam menghasilkan rekaan grafik yang berkualiti, olahan idea yang menarik sangat bermain peranan. Keunikan, mesej, nilai dan maksud, serentak dalam satu karya bukanlah suatu perkara yang mudah.
Bagi saya sendiri, suatu ketika, saya selalu lihat artwork2 atau karya orang lain, kemudian inovasikan daripada beberapa rujukan yang ada. Itulah suatu ketika saya bermula. Namun, bila lama-kelaman, saya mendapati terdapat beberapa kelemahan dengan kaedah itu.
Ini sekadar pendapat dan kajian saya terhadap kaedah ini kepada diri saya sendiri. Bukan tidak kepada mereka yang lain.
Saya mendapati dengan kaedah ini, kita kadang-kadang tersekat dengan jenis dan gaya rekaan orang lain. Bahkan, kita mungkin akan terikut-ikut dengan trend yang berlaku.
Saya menyedari perkara ini kepada diri saya apabila kita melihat, kreativiti kita terhalang hanya kerana bentuk rekaan dan olahan idea yang tidak jauh berbeza, walaupun design untuk perkara yang berbeza.
Kerana itu perkongsian saya kali ini, lebih kepada membawa kita semua, agar lebih kreatif dan inovatif dalam menghasilkan rekaan yang berkualiti.
Rujukan yang tidak banyak, kadangkala boleh menghadkan kreativiti dan kritis kita dalam mencipta idea baharu. Rujukan yang banyak, secara tidak langsung akan membantu kita untuk melihat kedinamikan yang ada dalam menghasilkan sesuatu karya.
Ini bukan soal, stroke seni kita, tetapi lebih kepada rekaan yang mengikut keperluan yang harus kita jadikan asas dalam rekaan grafik yang akan kita ciptakan.
Pecahkan tembok kebiasaan!
"For every new graphic problem, we believe in defining anew set of rules."-Chris Vermaas-
Sekadar saya ingin berkongsi kepada sahabat2 yang sedang membaca perkongsian saya ini. Saya sendiri sebenarnya masih dalam menilai karya dan jenis rekaan yang sedang saya ciptakan.
Saya yakin, korang pon tahu, saya sedang membangunkan brand saya sendiri iaitu Taidel Ventues.
Sepanjang baru beberapa bulan saya memikirkan untuk brand ini, saya banyak mengkaji dan cuba mencipta identiti sendiri. Ianya bukanlah suatu perkara yang mudah, sehinggakan untuk koleksi pertama saya nanti, saya rasa terlalu jauh dari kebiasaan dan mungkin sukar untuk orang memahaminya.
Itu yang membuatkan saya masih dalam keadaan Ting Tong, mengenai hal ini. Itu berdasarkan kepada beberapa orang yang telah review koleksi yang akan saya bawakan.
"By breaking the rules, you can stop the reader in theirtracks, get their attention, and remind them they are inside your publication,engaging with it."-Marcus Piper-

Ketika membaca kata-kata, saya rasa sangat menepati apa yang cuba saya bawakan dalam karya saya. Seperti yang kalian lihat dalam logo design Seseri Suri ini. Kalau ikutkan, ada satu lagi option, yang mengikut apa yang client mahukan. Iaitu ada imej seorang wanita. Tapi dalam memberikan option pilihan kepada client ini, saya ketengahkan konsep S dengan Rama-rama ini, dan tidak sangka, tiba-tiba client memilih untuk mengikuti tema ini.
Katanya, ramai dalam kalangan teamnya meminati konsep ini. Saya berasa sangat teruja kerana banyak daripada client saya, sudah menerima konsep saya, berbanding mengikuti idea asal yang mereka mahukan.
Inilah yang akan saya cuba bawakan dalam karya berikutnya, dan mungkin juga untuk Taidel Ventues. Namun, bila kita memecahkan tembok kebiasaan, ktia sebenarnya akan berdepan dengan pelbagai kemungkinan baharu untuk mendapatkan data permintaan dan penerimaan orang ramai.

Ya, perkongsian ini sekadar ingin memberi tahu, kadangkala kita kena pecahkan tembok kebiasaan, untuk membawa nilai karya yang tersendiri, tetapi masih dalam penerimaan yang boleh difahami dan digunapakai. Insyaallah.
*silakan komen dan cadangan penambahbaikan *sama2 belajar & berkongsi

--------------------------------------------
Website: www.rahsiadesign.com
Behance: https://www.behance.net/muhammadsyafiqazman
--------------------------------------------
Like Page: @taidelventures Follow Instagram: http://instagram.com/taidelventures


Ar-themes Logo

Muhammad Syafiq Azman

Berpengalaman dalam menghasilkan design-design kreatif untuk pelbagai syarikat dan produk-produk tempatan. Menulis adalah hobi disamping berkongsi secebis ilmu yang ada. Berpengalaman mengajar secara personal coaching atau kelas berkaitan design grafik. Kini bersama team #sifoodotcom (www.sifoo.com) untuk lebih serius berkongsi ilmu ke masyarakat dalam bidang art dan multimedia.

No comments:

Post a Comment