Assalamualaikum dan salam ceria semua sahabat. Semoga semua sentiasa ceria dengan perjalanan hidup masing-masing. Bahkan bermanfaat dalam kehidupan orang lain. Sebab dunia ini tidak sempurna, sebab itu kita ada ramai orang sekeliling kita, untuk saling melengkapi.
Baik, hari ni nak share sikit tentang cara ataupun tips nak dapatkan idea untuk design iklan. Idea bukan suatu perkara yang senang. Namun, jika kita ada cara yang tersendiri untuk menjemput idea itu, insyaallah ktia tidak akan mengambil masa yang lama untuk menjemput idea itu datang.
1. Kenalpasti Mesej Besar Iklan.
Dalam setiap design iklan, pasti ada mesej besar yang kita nak bawakan. Samada design iklan tersebut berbentuk branding produk, atau hebahan kempen, atau iklan berbentuk informasi, atau sebagainya, masing-masing mempunyai mesej terbesar dalam menyampaikan mesej melalui design yang akan kita buat.
Contoh: Kalau kita ingin design mengenai produk kecantikan, paling tidak, kita sudah tahu, jika produk berkaitan kulit muka, maka kita perlu tampilkan elemen yang boleh membuat orang lain memahami mesej tersebut. Maka kita dah dapat gambaran, mungkin satu ruang dalam space artboard yang bakal kita design itu ada elemen muka model atau sebagainya.
2. Gambaran Space yang digunakan untuk Elemen Terpenting
Isunya apabila kita tidak dapat memberikan gambaran secara meluas dalam design yang bakal kita buatkan, maka kita akan bercelaru dari segi susunan dan saiz-saiz elemen yang sepatutnya kita beri fokus yang berbeza.
Contoh untuk lebih faham adalah, seperti yang saya ceritakan dalam point pertama tadi, apabila kita kenal pasti mesej terbesar design iklan itu, maka kita sepatutnya mendapat gambaran menyeluruh dari segi space yang akan kita gunakan dalam ruangan yang ada untuk iklan tersebut. Kalau kita ingin fokuskan penyampaian informasi, maka mungkin TEKS tentang apa yang hendak kita sampaikan itu lebih dominan dan lebih besar dari elemen-elemen yang lain.
Secara tak langsung, apabila kita dapat gambaran ini, maka untuk olahan idea darisegi jenis tema yang akan kita mainkan, akan dapat dipermudahkan, kerana kita sedia maklum, untuk tambahan elemen-elemen dengan idea yang bakal diolah, adalah semestinya tidak melebihi ruang-ruang yang masih berbaki.
3. Search, Search, Search, dan Tiruvasi
Tiruvasi sangat membantu dalam mempercepatkan proses mencipta idea yang baru. Tiruvasi tidak bermaksud untuk tiru secara keseluruhan daripada orang lain, akan tetapi, menggabungkan beberapa idea yang sudah tersedia ada, dan diinovasikan dalam persembahan kita yang tersendiri. Dan sudah pasti, proses tiruvasi ini memerlukan kita untuk perbanyakkan membuat rujukan daripada hasil2 artwork mereka yang sudah berpengalaman, Kerana mereka sedia berpengalaman untuk menghasilkan design yang bukan sekadar kemas, akan tetapi sampai mesejnya.
Dari sini kita mungkin memerlukan sedikit bantuan daripada para designer lain untuk memberi solusi kepada kita yang mungkin belum mengetahui term-term tertentu dalam persembahan design yang sedia ada dicipta oleh mereka yang berpengalaman. Pertanyaan itu, hanyalah untuk kita perbanyakkan rujukan daripada bahan-bahan lain.
Contoh: Saya tidak memahami yang hendak di'search' di google, untuk menghasilkan design yang sama digunakan oleh designer lain. Maka, silalah bertanya.
Insyaallah, sebenarnya ada banyak lagi point-point yang lain, tapi malas pula nak menulis. Hehe. Tak apa, kita jumpa dalam perkongsian berikutnya.
*Yang berpengalaman mohon cadangan penambahbaikan
*Silakan komen dan cadangan untuk artwork saya ini
*Terpaksa gabung dua model ni untuk dapatkan syariah compliance, plus nak warna tudung akak tu untuk lagi up warna kunyitnya...Hehe
www.rahsiadesign.com
Lihat artwork ini dengan resolusi tertinggi di:
https://www.behance.net/gallery/58121695/IBU-KUNYIT-ADVERTISEMENT-BANNER-DESIGN
Rujukan:
1. https://designschool.canva.com/blog/advertisement-design-tips/
2. https://designshack.net/articles/graphics/10-tips-for-designing-static-ads/
3. https://pixelsmithstudios.com/blog/graphic-design-illustrations/helpful-tips-on-designing-magazine-ads
No comments:
Post a Comment