Assalamualaikum dan salam ceria semua sahabat yang sentiasa positif dan aktif. Lama tak berkongsi tips dan tutorial. Terima kasih kepada yang support www.rahsiadesign.com. Banyak kunjungan walaupun baru buat, dan banyak lagi kekurangan yang perlu dibaiki.
Sebelum masuk kepada tips, saya suka untuk ceritakan proses belajar yang saya lalu dalam hasilkan design grafik samada dari pelbagai sudut kategori grafik itu sendiri.
Dan saya sedari, antara kekurangan yang mungkin ada dalam hasil kerja saya sebelum ini (design banner atau ads), yang terlalu statik dan berbentuk informasi. Memang akan ada ketika, kita memerlukan design yang berbentuk informasi dan statik, tapi untuk tujuan promosi dan tingkatkan Branding produk, kita memerlukan satu lagi seni tambahan iaitu bermain dengan emosi orang awam.
Emosi ada kuasa yang tersendiri, terutama dalam menghasilkan komunikasi antara artwork dengan penonton. Setiap design grafik yang berbentuk promosi, harus petah berbicara, sekalipun tidak bersuara. Dan cara yang terbaik untuk bersuara melalui grafik, adalah seni tambahan emosi di dalamnya.
1. Ketahui Perasaan yang Perlu Diterjemahkan:
Setiap iklan, ada perasaan dan emosi yang cuba disampaikan, Bergantung kepada mesej iklan tersebut. Ada iklan untuk orang merasai kemarahan (Kempen Cegah Dadah/ Eksploitasi manusia dll), ada iklan untuk orang merasai kegembiraan (Produk Kesihatan, Pelancongan dll), ada iklan untuk merasai kesedihan (Kutipan Derma dll), dan ada juga iklan untuk orang merasai keajaiban (Janji2 dari produk, Jaminan dll).
Fahami konsep ini, maka kita boleh pergi kepada point seterusnya.

2. Elemen Suasana Menepati Emosi.
Ringkasnya, termasuklah darisegi persekitaran emosi yang hendak kita paparkan dalam design. Emosi yang berbentuk ceria, pasti lebih kuat dari segi harmoni dan cerah dalam design. Emosi yang berbentuk serius, selalunya dipersembahkan dengan persekitaran yang gelap dan sensasi.

3.Kreatif Tetapi Sampai.
Ada banyak cara kita tampilkan mesej dalam design. Akan tetapi, elakkan design yang terlalu rumit sehingga mesej sebenar tidak dapat diterima oleh orang lain. Lagi parah, mesej yang diterima oleh orang lain jauh terpesong dari mesej asal iklan. Bantuan komen dari orang lain pada peringkat awal, mungkin dapat membantu, sebelum design tersebut, betul2 disebarkan.

Insyaallah, mungkin setakat ini sahaja perkongsian kali ini. Apa-apa pun, kita akan mengalami proses untuk improve kualiti design yang lebih berkualiti kepada Client, untuk sampaikan mesej mereka kepada orang lain.
Boleh Share post ini jika anda rasa bermanfaat untuk orang lain.
*Yang berpengalaman mohon cadangan penambahbaikan untuk artwork saya ni.
*Sama2 belajar dan improve

RUJUKAN:
1. http://retinart.net/graphic-d…/power-emotion-graphic-design/
2. https://www.sitepoint.com/8-ways-evoke-positive-emotions-v…/
3. https://designshack.net/…/how-to-create-an-emotional-conne…/

Lihat design ini dengan resolusi tertinggi di:
https://www.behance.net/gall…/58071581/3-Sya-Skincare-Design

No comments:
Post a Comment