Tips Design, Strategi Blend Gambar Tambah Lebih Realistik




1. Unsur Fokus & Blur
Unsur Fokus & Blur akan dapat membantu, gabungan gambar kita kelihatan berada dalam mood yang sama, dan dapat mengalih mata viewers daripada melihat benda2 kecil yang boleh menampakkan kesan editing dalam design kita.
Bahkan, teknik Blur elemen juga dapat membantu mewujudkan unsur Depth/Kedalaman dalam gambar design kita.
Contoh:
Dalam artwork yang saya share ini, ketul ayam di hadapan tu saya buat Motion Blur, dari situ, secara tak langsung membuatkan produk tersebut kelihatan berada beberapa inci ke belakang.
Teknik Blur juga boleh menutup bahagian2 yang susah dalam menggabungkan gambar. Contohnya saya Blurkan bahagian serbuk dan meja sedikit, untuk mengelakkan kelihatan keras serbuk tersebut. Tapi, Saya fokuskan pandangan viewers kepada packaging produk tersebut.

2. Saturation Yang Sama Sebelum Effect Tambahan
Bila kita menggabungkan beberapa gambar, kita harus ingat, setiap gambar mempunyai Saturation/Contrast/Brightness yang berbeza. Melainkan gambar2 tersebut dishoot dalam tempat yang sama dengan prop yang sama. Jika berbeza, maka trick terawal adalah kita perlu kurangkan setiap daripada Saturation/Brightness gambar tersebut sehingga mereka kelihatan berada dalam mood yang sama.
Dan next step, bila kita bermain dengan effect bagi keseluruhan Layers, elemen-elemen gambar yang digabungkan tidak kelihatan janggal.

3. Perspective yang Tepat
Perspektif sangat penting dalam memastikan elemen2 gambar tidak kelihatan cacat dan kelihatan edit. Memahami perspektif, seperti memahami konsep arah pandang kita kepada elemen fokus dalam pandangan 3D. Sebagai contoh, dalam artwork yang saya kongsikan ini, Meja kayu dengan produk tersebut. Sangat mencabar memandangkan perspektif meja adalah dari atas, dan perspektif produk tersebut adalah dari depan. Jadi, cara yang terbaik untuk saya adalah dengan menukar perspektif meja kayu tersebut, memandangkan jika saya ganggu perspektif meja kayu itu, ia tidak mengganggu sifat asal kayu. Berbeza jika saya ubah perspektif gambar yang fix gambar produk tersebut, mungkin akan memberi kesan negatif dari segi bentuk asal produk tersebut.
Main perspektif pada elemen gambar yang tidak mengubah sifat asal mereka.

Insyaallah, setakat ini sahajalah perkongsian saya kali ni. Boleh kongsikan tips2 tambahan di komen untuk sama-sama kita belajar. :)

*Yang berpengalaman, mohon cadangan penambahbaikan dan tips tambahan :)
* Silakan komen penambahbaikan, insyaallah dimanfaatkan perkongsian tersebut.

Lihat resolusi tertinggi gambar ini di:
https://www.behance.net/gallery/55996773/Tepung-Magik-Banner-Design
Ar-themes Logo

Muhammad Syafiq Azman

Berpengalaman dalam menghasilkan design-design kreatif untuk pelbagai syarikat dan produk-produk tempatan. Menulis adalah hobi disamping berkongsi secebis ilmu yang ada. Berpengalaman mengajar secara personal coaching atau kelas berkaitan design grafik. Kini bersama team #sifoodotcom (www.sifoo.com) untuk lebih serius berkongsi ilmu ke masyarakat dalam bidang art dan multimedia.

No comments:

Post a Comment