Tips Design, Jangan Terlepas Pandang Step Ini Untuk Design Yang Berkualiti!



Assalamualaikum dan Salam Ceria FB Friends :)
Tak tahu nak share tips dan trick apa untuk kali ni. Tapi saya rasa, perkara ini penting untuk designer2 baru. Tambahan, saya sendiri pun baru menyedari benda2 macam ini untuk upkan lagi hasil design yang berkualiti. Insyaallah. Mungkin ramai daripada kita yang sudah mengetahui, tapi tak salah saya share benda yang saya sendiri baru improve. Hehe...

1. Dodge and Burn
DnB sangat penting dalam menghasilkan design yang lebih dramatik dan rialistik. Terutama dalam memberikan kesan timbul2 pada bahagian yang sepatutnya, ataupun menghasilkan kesan Shadow yang lebih rialistik dalam design manipulation.
Contoh: Dalam artwork ini, setiap elemen sudah saya berikan sentuhan DnB terutama pada kotak produk,Cawan, Buah, dan  Kain Langsir itu. Kalau nak ikutkan tanpa sentuhan DnB, design akan kelihatan sangat mendatar dan tidak timbul pada elemen2 yang sepatutnya. Sebelum ni saya sekadar buat DnB pada bahagian tertentu. Rupanya jika kita buat pada setiap elemen, lagi cantik dan timbul design kita.

2. Focus and Blur
Seperti dalam perkongsian sebelum ni, saya ada sentuh mengenai FnB. Tapi kali ini, saya ingatkan kembali kepentingan ini, memandangkan kepentingannya dalam mengarahkan pandangan Viewers dalam design kita.
Contoh: Dalam artwork saya ini, sebenarnya saya nak buat background garden tu tanpa kesan Blur, tapi hakikatnya, perbuatan tersebut membahayakan design saya memandangkan, design saya akan kelihatan padat, kerana arah pandang viewers design ini akan turut fokus pada background tersebut. Jadi, langkah terbaik adalah dengan blurkan layer tersebut dengan filter Lens Blur. Lens Blur akan memberi kesan yang berbeza berbanding dengan Gaussion Blur. Dan untuk pengetahuan kita yang baru, Lens Blur tidak akan dapat berfungsi sekiranya Layer tersebut berada dalam keadaan Smart Objects. Kita harus pastikan Layer yang hendak kita kenakan Filter Lens Blur berada dalam keadaan plain Layer atau dengan erti kata lain, layer tersebut telah di Rasterizekan.

3. Camera Raw Filter
Photoshop CC telah mengeluarkan satu futured baru yang dipanggil Camera Raw Filter pada bahagian Filter. Memang tak dinafikan, dalam Adjustment, juga mempunyai perkara yang sama, namun dalam tips saya kali ini, saya ingin tekankan kegunaannya untuk step terakhir sebelum Finishing design kita.
Contoh dalam artwork ini, saya Merge kan semua Layer dengan New Layer untuk langkah berjaga-jaga melalui Klik dan Hold (Ctrl + Alt +Shift +E) untuk buat satu layer baru daripada Layer2 yang telah kita buat. Dengan cara ini, kita akan dapat Layer baru untuk kita ubah. Kemudian, saya akan setkan Layer baru tersebut kepada Smart Object, memandangkan, dengan cara ini, Smart Filter yang akan saya kenakan pada layer tersebut, boleh diubah sekalipun selepas memberikan filter daripada Camera Raw Filter. Diingatkan, jika Layer tersebut tidak disetkan pada Smart Object, maka effect Smart Filter yang kita set kan, tidak dapat diubah suai lagi. Yes, selepas set kepada Smart Object Merge Layer kita tadi, Barulah kita akan bermain dengan Camera Raw Filter.
Pada Filter ini, barulah kita boleh bermain dengan adjustment yang pelbagai seperti Contrast, Black, White, Highlight, Shadows, Clarity dan sebagainya. Gerak-gerakkan pada setiap adjustment, sehingga design kita lebih up dan lebih nice dari segi emosi dan filter yang sangat membantu.

Insyaallah, mungkin setakat ini saja dahulu perkongsian kita kali ni. Saya pun sedang improvekan lagi hasil2 design yang berbentuk manipulation seperti ini agar lebih realistik dan menarik emosi. :) (Y)

*Yang berpengalaman mohon cadangan penambahbaikan dan tips tambahan. Terima Kasih.
*Mood prepare for kelas bulan September nanti
*Belajar dan berkongsi

Lihat Artwork ini dengan resolusi tertinggi di:
https://www.behance.net/gallery/56215615/Kopiku-Advertisement-Banner-Design
Ar-themes Logo

Muhammad Syafiq Azman

Berpengalaman dalam menghasilkan design-design kreatif untuk pelbagai syarikat dan produk-produk tempatan. Menulis adalah hobi disamping berkongsi secebis ilmu yang ada. Berpengalaman mengajar secara personal coaching atau kelas berkaitan design grafik. Kini bersama team #sifoodotcom (www.sifoo.com) untuk lebih serius berkongsi ilmu ke masyarakat dalam bidang art dan multimedia.

No comments:

Post a Comment