Dilema Warna Background Tak Boleh Sama Dengan Warna Produk?




Antara kesukaran yang mungkin dialami dalam menghasilkan design produk yang berkualiti, adalah kegagalan untuk menampilkan produk dalam design tersebut (iklan/banner). Gabungan beberapa elemen dalam design poster/banner, kadangkala menenggelamkan produk itu sendiri.

Antara kemungkinan sebab produk tidak tertonjol:
  1. Elemen yang mengganggu pandangan. Hal ini termasuk apabila elemen tambahan yang berlebihan, sehinggakan menutup rupa produk yang ingin dipaparkan. (Elakkan banyak elemen bertindan di atas gambar packaging/labels produk)
  2. Saiz & Kedudukan yang tidak sesuai. Kedudukan yang terlalu senget, terlalu kecil, terlalu jauh, terlalu memenuhi ruang design, sikit sebanyak akan melemahkan rasional design tersebut. Cubalah untuk Qanaah (bersederhana) dalam isu ini, agar tidak memberi kesan negatif pada hasil kerja. (Pastikan produk berada dalam keadaan mudah untuk dilihat, dan senang untuk difahami.
Baiklah, berbalik kepada dilema yang dimaksudkan. Warna background jangan sama dengan warna produk?

Isu plain colour background, jika tidak disesuaikan kegunaannya memang akan menenggelamkan produk yang ada dalam poster/banner tersebut. Akan tetapi, tidakkah kita perhatikan, berapa banyak sudah designer lain yang berjaya menggunakan warna background cetusan daripada warna tema produk itu sendiri?

Ya. Saya pernah mengalami masalah ini. Dan begitu juga saya perhatikan dalam sesetengah artwork sahabat saya sendiri. Dan saya telah buat sedikit ulangkaji di website2 yang berkaitan, samada untuk mencari inspirasi, dan melihat bagaimana warna background yang mengikut tema tidak mengganggu penampilan produk.

Antara kesilapan yang pernah saya lakukan adalah:
  • Terus membuat layer background dengan menggunakan gradient, kononnya warna gelap dari sekitar artwork-ke warna lembut bahagian tengah artwork. Dengan anggapan, jika produk tersebut berada di tengah, insyaallah timbullah produk tersebut.

Saya tidak menafikan, ada sebahagian daripada kaedah ini berjaya dan tiada masalah, akan tetapi, saya pasti, kita akan mengalami beberapa kesulitan untuk proses berikutnya. (Kerana scale pada gradient itu yang hendak diubah mengikut kesesuaian pada step seterusnya.)

Kerana itu saya sudah ubah sedikit teknik yang saya buat. Begitu juga dalam artwork yang saya kongsikan kali ini.
  1.  Saya buat satu layer background dengan solid colour 'maroon'
  2. Buat satu layer baru, dengan gradient 'black to transparent' ke tengah artwork.
  3. Di belakang produk, buat layer baru, dengan tambahan effect warna putih yang di blend dengan layer bawahnya. Boleh main dengan 'Overlay/Lighten/Screen' atau yang sesuai untuk mencerahkan sedikit belakang produk tersebut. Seeloknya bukan bentuk bulat yang tersedia, tetapi,custome made sedikit kesan cahaya tersebut di bahagian belakang produk yang dilihat membantu menimbulkan produk tersebut.
Insyaallah, dengan kaedah ini, tiada lagi fast editing dengan hanya menggunakan layer background yang instant dari Gradient style. Hehe...
Ini penemuan sayalah... setelah lama membuat kaedah gradient, yang pada akhirnya tidak kemas poster/banner yang di design.
  • Sekadar kaedah sendiri, mungkin ada cara lain dari mereka yang pakar
  • Yang berpengalaman, mohon cadangan dan tambahan idea
  • Terima kasih kepada yang memberi tunjuk ajar sepanjang artwork ini disiapkan. Moga Allah rahmati kalian
  • Insyaallah, kita belajar dan berkongsi

Selamat berada di penghujung Ramadhan.
Ar-themes Logo

Muhammad Syafiq Azman

Berpengalaman dalam menghasilkan design-design kreatif untuk pelbagai syarikat dan produk-produk tempatan. Menulis adalah hobi disamping berkongsi secebis ilmu yang ada. Berpengalaman mengajar secara personal coaching atau kelas berkaitan design grafik. Kini bersama team #sifoodotcom (www.sifoo.com) untuk lebih serius berkongsi ilmu ke masyarakat dalam bidang art dan multimedia.

No comments:

Post a Comment