Tips Design Sempoi-Sempoi


Tips Design Sempoi-sempoi:
Assalamualaikum dan hai semua,
Hari ni rajinkan diri nak share personal technique yang saya guna apabila design Banner/Timeline/Poster atau sebagainya yang berkaitan.
Cara saya explain adalah dari planet lain, dan teknik ni mungkin dari alam yang berbeza. Harap faham tulisan ini mungkin berbeza dan tidak selari dengan para pengajar lain.
Hehe...
1. Frame Area🖼️
Antara cara pertama yang akan saya lakukan adalah menyediakan frame dengan size yang tertentu(ikut kesusaian) sebelum mula memasukkan elemen design. Frame ni bukan solidlah, tapi gambaran sahaja. Jika dilihat pada gambar pertama, petak kuning besar itu menjadi size untuk frame banner tersebut. Setelah siap letak petak-petak tersebut, saya letakkan grid untuk membentukkan Frame tersebut.
Tujuannya untuk memastikan elemen design tidak terlalu padat sehingga memenuhi saiz asal banner terebut.
2. Minimumkan Warna🎨
Saya juga akan meminimumkan sebaik mungkin warna-warna yang akan memenuhi design tersebut. Ini bagi mengelakkan design tersebut kelihatan serabut.
Kalau perlu, mungkin untuk design-design bermotif pesta, ataupun untuk kanak-kanak.
Cara mudah saya buat untuk pemilihan warna design, selalunya menggunakan warna-warna yang ada pada produk itu sendiri, tetapi dengan cara yang tidak menenggelamkan produk tersebutlah. Seperti pada banner ini, Cahaya kuning di belakang Botol kuning itu sudah diblendkan dengan backgroundnya.
3. Semua Elemen Berkomunikasi👥
Part ni bagi saya sebenarnya susah sikit. Tapi saya suka sebab mencabar, hehe. Cecane tu elemen berkomunikasi?
Cenggini,
Elemen yang ada, samada teks/produk atau objek-objek lain, saling bertemu dalam alignment yang tersusun. Sebenarnya nak sebut alignment, kan bosan nanti macam ayat buku teks, ni saya sebut elemen berkomunikasi, hehe... Ok, seperti yang ada pada gambar pertama, lebar teks "WHEY PLUS" selari ke info paling bawah, memberi kesan design yang saling melengkapi. Begitu juga pada garis Guides dari tepi-tepi produk dengan info untuk LOGO dan PREMIUM QUALITY. Kesannya elemen Botol produk dengan info bawahnya saling berkomunikasi di dalam design.
4. Motif Design
Ini kena olah sampai jadi, kadang-kadang tak jadi. Huhu. Contoh untuk design ini sebenarnya mengenai produk kesihatan/supplement. Itu saya blendkan gambar abang sado sebagai background supaya nampak sedikit mesej produk berbanding hanya berharap pada teks. Sebab gambar lebih mudah menyampaikan mesej berbanding tulisan
Setakat inilah perkongsian daripada saya. Bendanya biasa-biasa saja, tapi kadang-kadang saya terlepas pandang. Itu saya share untuk ingatkan diri saya juga. 
Terima kasih.😀
*Yang berpengalaman mohon cadangan penambahbaikan
*Sama-sama belajar dan berkongsi
*Kongsikan komen dan tips tambahan daripada anda.
*Nak beli produk ni PM... hahaha... sempat iklan...
--------------------------------------------
Tips dan Sharing Tambahan
--------------------------------------------
"1. Line gold atas tu, silap position. Sepatutnya below than guideline. Nmpk xseimbang. Dan both line seeloknya dlm guideline. Xperlu keluar.
2. Wording bwh sekali xperlu semua huruf besar. Cukup sekadar 1st line semua huruf besar dan bold. 2nd line tu, awalan wording sahaja."
-Nadzrin Zariff-
Graphic LAB Malaysia
Boleh Appreciate perkongsian ini di Behance saya (Bersawang dah Behance)🕷️:
https://www.behance.net/ga…/52904355/Whey-Plus-Banner-Design
Ar-themes Logo

Muhammad Syafiq Azman

Berpengalaman dalam menghasilkan design-design kreatif untuk pelbagai syarikat dan produk-produk tempatan. Menulis adalah hobi disamping berkongsi secebis ilmu yang ada. Berpengalaman mengajar secara personal coaching atau kelas berkaitan design grafik. Kini bersama team #sifoodotcom (www.sifoo.com) untuk lebih serius berkongsi ilmu ke masyarakat dalam bidang art dan multimedia.

No comments:

Post a Comment