Assalamualaikum dan hai semua,
Dalam post kali ini, saya just nak share sedikit tips tentang bagaimana kita nak design poster untuk pakej promosi produk.
Setiap bisnes mesti ada menjalankan promosi. Dan kadang-kadang, promosi yang dilakukan, ada yang melibatkan pakej. Supaya customer lebih berminat untuk membeli dan merasa berbaloi untuk membeli sesuatu produk.
Jadi, sebagai designer, saya share sedikit nota yang saya buat untuk memastikan saya tidak buntu ketika mendesign poster pakej promosi produk-produk tertentu.
Jom, lihat setiap gambar untuk baca setiap point yang saya share. Kalau sahabat ada penambahan, atau teknik tersendiri, jangan lupa share di ruangan komen.
Insyaallah, jom...
Bagaimanapun susunan, bentuk, atau hasil design, pastikan yang jelas kelihatan dalam poster tersebut adalah nilai promosi yang ditawarkan.
JELAS,NAMPAK,BOLD.
BERAPA %?
BERAPA PENJIMATAN?
Pastikan nilai jelas terpampang dalam design. Ingat, nama juga promosi, kita nak audience lebih ramai yang berminat dan tertarik.
Kalau boleh, dari jauh atau dengan saiz kecil pon kita masih boleh nampak nilai promosi yang ditawarkan berbanding elemen-elemen lain dalam design.
Setiap Pakej, pastikan ada nama-nama yang tersendiri.
Namakan pakej-pakej tersebut mengikut pertambahan nilai jimat yang ditawarkan.
Sebagai contoh yang kita selalu lihat adalah:
PAKEJ SILVER
PAKEJ GOLD
PAKEJ DIAMOND.
Setiap nama pakej tidak semestinya seperti berikut, tetapi pada nama seperti silver, gold, diamond, ada darjat kualiti dan nilai yang berbeza.
Elakkan letak nama pakej terlalu susah nak ingat atau complicated. Senangkan pembeli baca dan ingat, untuk senang mereka sebut ketika membeli atas talian atau promosikan pakej tersebut kepada kawan atau kenalan mereka.
Setiap Pakej, hadirkan dengan warna yang berbeza. Kerana selain nama, yang mungkin pembeli sendiri lupa, mereka akan ingat warna untuk pakej yang mereka sudah lock dalam ingatan mereka.
Warna akan membantu mereka visual dengan lebih baik dan lebih melekat di fikiran.
Ya, tema promosi juga sangat penting. Setiap design pakej promosi produk pasti ada event atau program yang tertentu. Boleh jadi Promosi Merdeka, Promosi Raya, atau promosi dari segi tema yang hendak dibawa.
Sekalipun tema yang berbeza, pastikan penampilan syarikat masih tertonjol.
Selitkan konsep brand produk tersebut supaya proses brand awareness masih berjalan pada setiap mata yang memandang pakej promosi tersebut.
Ya lah, kita sudah buat ads, ada kos marketing kan. Sebaiknya brand produk masih dibawa.
Boleh jadi selitkan LOGO/Pattern/Warna atau sebagainya yang relate dengan brand produk
tersebut.Sekalipun tema yang berbeza, pastikan penampilan syarikat masih tertonjol.
Selitkan konsep brand produk tersebut supaya proses brand awareness masih berjalan pada setiap mata yang memandang pakej promosi tersebut.
Ya lah, kita sudah buat ads, ada kos marketing kan. Sebaiknya brand produk masih dibawa.
Boleh jadi selitkan LOGO/Pattern/Warna atau sebagainya yang relate dengan brand produk
Tak ubah juga penting semasa mendesign pakej promosi adalah elakkan daripada info yang keterlaluan.
Sebolehnya waktu promosi adalah waktu untuk direct harga produk yang ditawarkan dengan pakej-pakej yang tersedia, bukan lagi masukkan sekali latar belakang produk lahir dari mana dan sebagainya.
Kalau perlu juga, just masukkan tagline terbaik dari syarikat produk tersebut yang menggambarkan apa motif dan tujuan produk mereka kepada orang ramai.
Insyaallah, semoga perkongsian ini bermanfaat, dan silakan memberi tambahan idea di ruangan komen.
#belajar&berkongsi

Salah satu contoh design pakej promosi yang pernah saya buat. Cuba mengaplikasikan sebaik mungkin nota yang pernah dapat.
Kalau sudi share sahabat punya hasil, silakan
Kalau sudi share sahabat punya hasil, silakan
No comments:
Post a Comment